Bazar Raya Nadi
15 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada hari ini, 14 Mac 2026, suasana di NADI Kg. Braang Bayur menjadi meriah dengan penganjuran Bazar Raya NADI yang mendapat sambutan baik daripada komuniti setempat.
Antara aktiviti yang berlangsung ialah Aktiviti Mewarna Kanak-Kanak, yang berjaya menarik penyertaan ramai kanak-kanak yang hadir bersama ibu bapa mereka. Kanak-kanak kelihatan sangat teruja mewarnakan lukisan dengan pelbagai warna yang kreatif dan menarik.
Sebagai tanda penghargaan, goodies turut diberikan kepada para peserta yang mengambil bahagian dalam aktiviti ini.
Selain itu, program ini juga menampilkan aktiviti perkongsian ilmu melalui:
Webinar NADI X KIDVENTURE – “Berniaga & Berjaya”
Webinar NADI X Keusahawanan – “NADIPrenuer & EmpowHer”
Program ini bukan sahaja memeriahkan suasana Bazar Raya, malah dapat mengeratkan hubungan komuniti serta memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai inisiatif dan program yang dijalankan oleh NADI.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan memeriahkan Bazar Raya NADI di NADI Kg. Braang Bayur. Semoga program seperti ini dapat terus memberi manfaat kepada komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: